Wednesday, 9 January 2019

KEMAHIRAN PNP STRATEGI PENDEKATAN DAN TEKNIK

Maksud Rancangan Mingguan

Merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan semester setiap minggu. Ianya mengikut minggu yang telah disediakan oleh pihak sekolah.


Maksud Rancangan Harian

Merupakan satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Rancangan yang dibina untuk setiap waktu pengajaran dalam masa 30 minit atau 60 minit yang mengandungi maklumat pengajaran, langkah pengajaran, masa, aktiviti dan catatan


Kemahiran PnP strategi pendekatan dan teknik

² Strategi ialah kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif

² Pendekatan ialah cara mengajar berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan

² Teknik ialah merujuk kemahiran guru mengelola dan melakukan kaedah mengajar

Klasifikasi strategi pengajaran dan pembelajaran

Berpusatkan guru

Berpusatkan murid

Berpusatkan bahan

Berpusatkan masalah

Jenis -jenis pendekataan

Pendekatan Masteri
Pendekatan kontektual
Pendekatan induktif
Pendekatan deduktif
Pendekatan eklektik
Pendekatan komunikatif
Pendekatan tematik
Pendekatan kontruktivisme

Jenis-jenis teknik

Ø Teknik main peranan
Ø Teknik permainan
Ø Teknik latih tubi
Ø Teknik bercerita
Ø Teknik inkuiri
Ø Teknik perbahasan
Ø Teknik kuiz
Ø Teknik sumbangsaran
Ø Teknik soal jawab
Ø Teknik simulasi
Ø Teknik drama
Ø Teknik perbincangan


Tujuan Persediaan Mengajar

Persediaan yang rapi sebelum memulakan kerja bagi sebarang tugas amat ditikberatkan bagi memastikan setiap produktiviti atau hasil yang diperoleh adalah berkualiti dan dapat menepati objektif dan sasaran yang telah ditetapkan. Ia juga dapat melicinkan perjalanan proses yang terlibat. Terdapat pelbagai kemungkinan yang akan berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, makmal dan lain-lain. Ianya boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, sebagai langkah bagi memastikan perjalanan proses pengajaran yang lancar, guru harus bersedia dan mempersiapkan diri sebelum memulakan tugas mengajar. Persediaan mengajar mempunyai tiga komponen iaitu persediaan, penyampaian dan penutup.


Kepentingan Persediaan Mengajar

  • Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembalajaran tercapai
  • Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar
  • Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan
  • Mengelak sebarang penyelewangan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan


Model Perlaksanaan Mikro

Pengajaran mikro merupakan salah satu bentuk praktik kependidikan atau pelatihan mengajar. Dalam konteks yang sebenarnya, mengajar mengandungi banyak tindakan, penyampaian masteri , penggunaan metod, penggunaan media, membimbing belajar, memberi motivasi,mengelola kelas , memberikan penilaian dan seterusnya. Dengan kata lain, bahawa perbuatan mengajar itu sangatlah kompleks. Oleh kerana itu, dalam penguasaan ketrampilan dasar mengajar, calon guru perlu berlatih secara berterusan.



Tujuan Pengajaran Mikro Teaching

  • Menganalisis tingkah laku mengajar kawan dan dirinya sendiri
  • Mempraktikkan berbagai teknik mengajar dengan benar dan tepat
  • Mewujudkan situasi belajar mengajar yang efektif dan efisien


No comments:

Post a Comment

FORMAT RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN

Minggu 1 Nama                  : Nurul Nabilah Binti Ashar Mata Pelajaran        : Tilawah Al Quran dan Hafazan Kelas         ...